الشؤون القنصلية
الاشتراك في القائمة البريدية
العنوان
No. 13, Jalan Pegawai, Off Jalan U Thant, Taman U Thant, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone:
+603-4256 8905
+603-4256 8906
Fax:
+603-4257 0802
NILAI, 24 April 2019- Majlis Pimpinan Universiti Sahabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia YADIM USIM dengan kerjasama Seketriat Pendakwah Muda Malaysia telah menganjurkan sebuah Wacana Pemikiran yang bertajuk Palestine: Reality and Responsibility yang bertempat di Dewan Kuliah Pusat 3, USIM.
Program ini membawakan tema ‘Mari Menyinari Ummah’ untuk memberi perkongsian dan kesedaran kepada semua umat Islam tentang penindasan yang berlaku di bumi Palestin, dan ini merupakan salah satu program Ummah Festival yang dihadiri oleh seramai lebih 400 tetamu.
Wacana ini membicarakan tentang kehidupan dan pengalaman berada di Negara yang penuh pergolakan ketika itu dan kita sebagai umat Islam bagaimana cara memberi untuk memberi bantuan dan sokongan dorongan terhadap sesama umat Islam. Program ini membawakan tiga orang panel yang hebat iaitu Encik Walid Abu Ali selaku Duta Palestin, Dr Ismael Abu Jarad, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Siswazah dan Panel Istimewa malam itu, Puan Nur Hidayu binti Johar satu-satunya rakyat Malaysia yang telah menetap selama lebih daripada 4 tahun di Gaza, Palestin.
“Kehidupan saya di Gaza bagaikan dihujung tanduk kerana kehidupan ketika itu sangat dhaif. Dimana cabaran saya ketika itu adalah cuaca yang terlampau sejuk sehingga mencecah 13 darjah celcius dan ketika itu hanya memakai pakaian kain yang nipis.”
“Sehubungan dengan itu, saya merasa terpanggil untuk membantu rakyat Gaza ketika itu tetapi disebabkan kekurangan dana untuk membantu, saya mencari ikhtiar bekerja sebagai penterjemah bagi mencari duit untuk membantu mereka yang terdekat di kawasan sekitar kediaman saya ketika itu”, tambah Puan Nur Hidayu.
“Disebabkan keadaan kejiranan yang benar-benar menyentuh hati, saya membuat keputusan untuk membantu keluarga dan mereka yang memerlukan. Saya dan suami pergi mencari NGO Malaysia, Aman Palestin dan Aqsa Syarif. Kami terpaksa menaiki teksi berulang kali untuk tiba ke pejabat mereka tetapi keputusan ke sana sangat menyedihkan apabila saya diberi alamat emel palsu oleh wakil Aman Palestin.
“Cabaran lain pula apabila kedatangan kami ke pejabat Aman Palestin juga disambut dingin. Saya sangat sedih dan kecewa kerana usaha saya dipandang remeh dengan tanpa meminta bayaran, tapi saya sanggup berkhidmat untuk mereka”.
Tambah beliau lagi, cabaran yang dilalui oleh penduduk Palestin sangat sukar terutamanya untuk mendapat bekalan air yang bersih kerana kebanyakkan air telah tercemar dan mereka hanya boleh mendapat bekalan air yang bersih dengan dengan air yang dijual dengan lori tangki dengan harga lebih kurang RM 10 untuk satu bekas air.
Forum yang berlangsung lebih dua jam ini diharapkan dapat memberi input bermanfaat sekaligus memberi inspirasi kepada mahasiswa untuk lebih cakna dan peka tentang penderitaan yang dihadapi oleh saudara muslim di negara luar khususnya Palestin.
Disediakan oleh:
Muhammad Yusainy Mohamad Yunus
Dikemaskini oleh:
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
No. 13, Jalan Pegawai, Off Jalan U Thant, Taman U Thant, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone:
+603-4256 8905
+603-4256 8906
Fax:
+603-4257 0802