الشؤون القنصلية
الاشتراك في القائمة البريدية
العنوان
No. 13, Jalan Pegawai, Off Jalan U Thant, Taman U Thant, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone:
+603-4256 8905
+603-4256 8906
Fax:
+603-4257 0802
PUTRAJAYA – Langkah Penyeragaman dan penyelarasan enakmen jenayah syariah di seluruh negara dijangka direalisasikan pada akhir tahun depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, Raja-Raja Melayu secara asasnya mempersetujui usaha penyeragaman berkenaan.
Beliau berkata, perincian terutama dari segi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan sedang dijalankan selari dengan pelan strategi yang digariskan oleh pihaknya.
“Ini salah satu usaha reformasi kita. Kita dalam proses untuk menyeragamkan enakmen jenayah syariah di seluruh negara sebab hari ini semua sudah sedia maklum kesalahan sama tetapi hukuman berbeza berlaku di negeri-negeri.
“Ini tidak baik menunjukkan keadilan dalam Islam maka salah satu keutamaan saya yang telah saya arahkan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Bahagian Undang-undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya melakukan satu penyalarasan dan keseragaman di mana kita menjadikan akta Wilayah Persekutuan sebagai model dan kita ambil enakmen-enakmen negeri yang terbaik,” katanya selepas merasmikan Program Hari Terbuka JKSM di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pengarah JKSM, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.
Program julung kali diadakan itu bertujuan menyediakan platform bagi mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh JKSM kepada masyarakat umum.
Mengulas lanjut, Mujahid menambah, usaha atau pelan strategik ke arah merealisasikan penyelarasan itu sudah mencapai 40 peratus.
Tambah beliau, usaha penyeragaman enakmen jenayah syariah di seluruh negara itu telah disebut ketika membentangkan tentang gagasan Negara Rahmah pada mesyuarat precouncil Majlis Raja-Raja Isnin lalu.
“Secara asas tiada masalah cuma tinggal perincian. Maknanya hendak libat urus pergi balik semua. Itu sahaja. Raja-Raja Melayu insya-Allah demi kebaikan, mereka akan menyokong.
“Bagi pihak saya, sebagai contoh hari ini saya akan berjumpa dengan exco-exco negeri bahagian agama masing-masing. Saya juga seterusnya selepas ini akan ada pertemuan untuk mengadap Sultan-Sultan jadi ini roadmap saya sehingga penyeragaman itu direalisasikan pada 2020,” katanya.
Dalam pada itu, berhubung usaha mentransformasikan mahkamah syariah ke arah rehabilitatif berbanding punitif, beliau berkata, perkara itu dilihat dari segi falsafah.
“Punitif bermakna hakim-hakim hendak buat keputusan mereka tiada pilihan sebab hanya rotan dan penjara, itu sahaja yang ada. Kalau untuk bebaskan dengan bon kelakuan baik, itu tiada peruntukan.
“Oleh kerana falsafah bukan untuk hanya hukum orang, tetapi mengikut kes tertentu termasuk melibatkan pelaku pertama, hakim syarie ini dalam bidang kuasanya boleh menggunakan rehabilitatif seperti bon kelakuan baik, perkhidmatan masyarakat dan cipta pelbagai bentuk pemulihan. Maknanya ke arah perbaiki diri dan bukan untuk dihukum,” katanya. -UTUSAN ONLINE
No. 13, Jalan Pegawai, Off Jalan U Thant, Taman U Thant, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone:
+603-4256 8905
+603-4256 8906
Fax:
+603-4257 0802